Dear Friends,
Saya amat berharap sangat yang kita dapat kembali seperti dulu kala. Ketawa bersama,menangis bersama. Awak tak rindukan semua tu ke ? Kenapa awak nak tambah dosa yang sedia ada ? Kenapa ?
"Kalau kita tidak bertegur sapa kerana pergaduhan selama tiga hari, kita akan dapat dosa. Dan kalau kita memutuskan tali persahabatan itu juga akan dianggap dosa."
Wahai kawan,
Korang tak perlulah sampai macam ni sekali hanya disebabkan seorang lelaki.
"Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum."
Pernah dengarkan ayat ni ? And korang sendiri pun tahukan apa maksud dia. So, tak perlulah bermasam muka lagi. Kita ni sesama Islam, tak baik bergaduh gaduh macam ni. Teringin sangat nak tengok korang yang dulu. Yang happy macam satu FAMILY. Kita ni dah besar dah, boleh tahu yang mana baik dan yang mana buruk. So kalau rasa pergaduhan ni perkara yang baik, hmm teruskan lah. Tapi kalau rasa pergaduhan ni perkara yang buruk, you should better befriends back.
Tak susah pun nak berkawan balik ni, yang cuma jadi masalah tu. Bila masing masing dalam badan ada "EGO". So sebab tu nak berbaik balik perkara yang mudah boleh jadi susah. Sebab ada sifat ego dalam badan masing masing. Kita kena cermin diri kita sendiri, adakah kita ni betul sepanjang masa ? Tak jugak weh, setiap orang akan melakukan kesilapan. Tapi boleh diperbetulkan. So cubalah korang kaitkan ayat ni "Kita kena cermin diri kita sendiri, adakah kita ni betul sepanjang masa ? Tak jugak weh, setiap orang akan melakukan kesilapan." dengan konflik yang korang hadapi sekarang ni. Mesti ada kena mengena kan ? Hmm, so conclusion nya, setiap yang diantara korang tak kira si A atau si B yang tak salah dalam pergaduhan ni, mesti akan ada jugak salahnya. Kita kena cermin diri kita ni balik. Jangan rasa diri ini dah cukup perfect sampai orang lain tak buat silap, tapi kita anggap dia buat silap. Memang tidak dapat dinafikan, setiap orang akan suka bergaduh. Tapi janganlah pergaduhan itu dipanjang panjangkan. Biarlah pergaduhan yang berlaku hanyalah selama 1 saat. Itu lebih bagus.
Semoga korang menjadi seperti begini :) Comel je :)
Masing masing kena minta maaf antara satu sama lain tau ;)
Pesanan dari gadis pendek:
Saya di sini menaip post ini bukanlah bermakna ingin masuk campur dalam urusan korang. Tapi hanya ingin menasihati. Dan ingin membantu untuk korang berbaik balik. Apa apa pun, saya dah buat kerja saya untuk menegur or menasihati kawan jika mereka buat silap. ;)