Harini seorang ibu telah menangis dalam diam kerana melayan kerenah anak yang sering membuat hatinya meronta dalam diam. Namun, seorang ibu tetap menunjukkan muka gembiranya walaupun hati sedang bersedih. Dalam diam, seorang ibu telah menangis lagi sekali apabila mendapat berita yang suaminya menggatal dengan perempuan lain. "YA ALLAH ! Apalah salah hambamu ini sampai aku ditimpa ujian sebegini.",berkata seorang ibu dalam doanya. Namun begitu, seorang ibu ini tak pernah hendak memarahi suaminya dengan perbuatannya itu. Dia hanya berdiam diri. Setiap kali sujud pada ALLAH, mesti ada saja mutiara yang keluar dari matanya. Hati sedih, takkan mengahalang seorang ibu untuk teruskan hidup. Biarpun hati ini sedih, seorang ibu akan tetap menunjukkan muka yang gembira. Dia takut anak dia akan sedih apabila tengok ibunya bersedih.
Wahai ibu, tabahnya hatimu ini. Aku ingin menjadi seorang wanita yang tabah sepertimu IBU:*
"Wahai IBU, banyakkanlah bersabar dengan ujian yang diberikan padamu ini. Semoga kebahagiaan akan menerangi hidupmu tidak lama lagi."